Tuesday, July 31, 2012

Rider Terbaru Allianz Powerlink

Kini pihak Allianz telah menambah 4 rider baru di dalam plan Allianz Powerlink. Ada 4 rider iaitu:

1. Faedah Karsinoma-in-Situ untuk Pelan PowerLink (HealthCover Inhancer)
  • Apabila pertama sekali didiagnosis dengan Kasinoma-in-situ, Amaun Diinsuranskan Rider HealthCover Enhancer tertakluk kepada amaun maksimum RM40,000 setiap hayat, akan dibayar sebagai faedah dipercepatkan ke atas HealthCover atau HealthCover Plus. Bermaksud, sebahagian daripada Amaun Diinsuranskan Anda boleh digunakan terdahulu untuk perbelanjaan rawatan Anda.
2. Perlindungan Penyakit Khusus Lelaki untuk Pelan PowerLink (Man Guard)
  • Direka khusus dengan tumpuan kepada penyakit berkaitan lelaki, pelan ini memberi perlindungan yang lebih luas untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi sekiranya ditimpa penyakit tersebut.
100% Amaun Diinsuranskan Man Guard akan dibayar
1) Kanser Testis
2) Kanser Prostat
3) Kanser Kolon
4) Kanser Paru-paru
5) Kanser Hati
6) Kanser Penis
30% Amaun Diinsuranskan Man Guard
1) Gout Teruk
2) Karang Ginjal Teruk
3) Karsinoma-in-situ

3. Perlindungan Penyakit Khusus Wanita untuk Pelan PowerLink (Lady Guard)
  • Lady Guard menawarkan perlindungan yang lebih luas untuk melindungi wanita daripada penyakit tersebut yang tidak dilindungi oleh pelan lain. Ia membolehkan wanita berhadapan dengan sebarang ketidakpastian, kebimbangan kewangan dan kos perubatan di masa hadapan. Sama ada anda seorang wanita muda yang masih bujang, atau sedang membina keluarga, Lady Guard memberikan anda ketenangan fikiran dengan memastikan anda dan keluarga anda dijaga sekiranya penyakit tersebut berlaku.
100% Amaun Diinsuranskan Lady Guard
1) Kanser Payu Dara
2) Kanser Serviks Uterus
3) Kanser Tiub Fallopian
4) Kanser Ovari
5) Kanser Uterus
6) Kanser Vagina/Vulva
7) Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% Amaun Diinsuranskan Lady Guard
1) Karsinoma-in-situ Payu Dara atau Serviks Uterus
2) Artritis Reumatoid dengan Komplikasi
3) Pembedahan Rekonstruksi Payu Dara
4) Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat
Kemalangan
5) Transplantasi Kulit akibat Kanser Kulit
6) Fraktur Osteoporosis
Rider Pilihan – Pregnancy and Maternity Benefits
Rider Pregnancy and Maternity Benefits menawarkan pilihan kepada ibu dan bakal ibu untuk melindungi anak yang bakal lahir walaupun masih di dalam kandungan. Fikiran anda pasti lebih tenang, mengetahui bahawa anda dilindungi sepanjang tempoh kehamilan. Sebagai tambahan, bayi anda juga turut dilindungi sekiranya berlaku Komplikasi Kehamilan dan Penyakit Kongenital Bayi.

Tambahan 30% daripada Amaun Diinsuranskan Lady Guard akan dibayar

Komplikasi Kehamilan:

1) Kematian ibu selepas kelahiran
2) Kematian bayi semasa kelahiran
3) Kematian fetus semasa kehamilan
4) Penamatan kehamilan ektopik
5) Koagulasi Intravascular Disebarluaskan

Penyakit Kongenital Bayi:

1) Sindrom Down
2) Spina Bifida
3) Tetralogi Fallot
4) Transposisi Saluran Utama
5) Lelangit Sumbing

4. Perlindungan Penyakit Kritikal yang Berbilang – Multi-Care

· Ada ketikanya perlindungan sekali-sahaja mungkin tidak mencukupi untuk anda dan keluarga anda. Semasa anda menghadapi kesukaran hidup, anda memerlukan persediaan yang lebih baik dan dengan pelan baru kami, Multi-Care, anda boleh membuat tuntutan untuk dan sehingga 3 kali untuk penyakit kritikal terhad kepada 1 penyakit kritikal untuk setiap kumpulan khusus.Untuk pelan perlindungan yang lebih baik yang menyediakan jaminan tambahan, dapatkanlah pelan yang bukan sekadar melindungi anda sekali tetapi tiga kali!

No comments:

Post a Comment