Kini pihak Allianz telah menambah 4 rider baru di dalam plan Allianz Powerlink. Ada 4 rider iaitu:
1. Faedah Karsinoma-in-Situ untuk Pelan PowerLink (HealthCover Inhancer)
- Apabila
pertama sekali didiagnosis dengan Kasinoma-in-situ, Amaun
Diinsuranskan Rider HealthCover Enhancer tertakluk kepada amaun
maksimum RM40,000 setiap hayat, akan dibayar sebagai faedah
dipercepatkan ke atas HealthCover atau HealthCover Plus. Bermaksud,
sebahagian daripada Amaun Diinsuranskan Anda boleh digunakan
terdahulu untuk perbelanjaan rawatan Anda.
2. Perlindungan Penyakit Khusus Lelaki untuk Pelan PowerLink (Man Guard)
- Direka
khusus dengan tumpuan kepada penyakit berkaitan lelaki, pelan ini
memberi perlindungan yang lebih luas untuk memastikan anda dan
keluarga anda dilindungi sekiranya ditimpa penyakit tersebut.
100% Amaun Diinsuranskan Man Guard akan dibayar
1) Kanser Testis
2) Kanser Prostat
3) Kanser Kolon
4) Kanser Paru-paru
5) Kanser Hati
6) Kanser Penis
30% Amaun Diinsuranskan Man Guard
1) Gout Teruk
2) Karang Ginjal Teruk
3) Karsinoma-in-situ
3. Perlindungan Penyakit Khusus Wanita untuk Pelan PowerLink (Lady Guard)
- Lady
Guard menawarkan perlindungan yang lebih luas untuk melindungi
wanita daripada penyakit tersebut yang tidak dilindungi oleh pelan
lain. Ia membolehkan wanita berhadapan dengan sebarang
ketidakpastian, kebimbangan kewangan dan kos perubatan di masa
hadapan. Sama ada anda seorang wanita muda yang masih bujang, atau
sedang membina keluarga, Lady Guard memberikan anda ketenangan
fikiran dengan memastikan anda dan keluarga anda dijaga sekiranya
penyakit tersebut berlaku.
100% Amaun Diinsuranskan Lady Guard
1) Kanser Payu Dara
2) Kanser Serviks Uterus
3) Kanser Tiub Fallopian
4) Kanser Ovari
5) Kanser Uterus
6) Kanser Vagina/Vulva
7) Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
30% Amaun Diinsuranskan Lady Guard
1) Karsinoma-in-situ Payu Dara atau Serviks Uterus
2) Artritis Reumatoid dengan Komplikasi
3) Pembedahan Rekonstruksi Payu Dara
4) Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat
Kemalangan
5) Transplantasi Kulit akibat Kanser Kulit
6) Fraktur Osteoporosis
Rider Pilihan – Pregnancy and Maternity Benefits
Rider
Pregnancy and Maternity Benefits menawarkan pilihan kepada ibu dan
bakal ibu untuk melindungi anak yang bakal lahir walaupun masih di dalam
kandungan. Fikiran anda pasti lebih tenang, mengetahui bahawa anda
dilindungi sepanjang tempoh kehamilan. Sebagai tambahan, bayi anda juga
turut dilindungi sekiranya berlaku Komplikasi Kehamilan dan Penyakit
Kongenital Bayi.
Tambahan 30% daripada Amaun Diinsuranskan Lady Guard akan dibayar
Komplikasi Kehamilan:
1) Kematian ibu selepas kelahiran
2) Kematian bayi semasa kelahiran
3) Kematian fetus semasa kehamilan
4) Penamatan kehamilan ektopik
5) Koagulasi Intravascular Disebarluaskan
Penyakit Kongenital Bayi:
1) Sindrom Down
2) Spina Bifida
3) Tetralogi Fallot
4) Transposisi Saluran Utama
5) Lelangit Sumbing
4. Perlindungan Penyakit Kritikal yang Berbilang – Multi-Care
· Ada
ketikanya perlindungan sekali-sahaja mungkin tidak mencukupi untuk anda
dan keluarga anda. Semasa anda menghadapi kesukaran hidup, anda
memerlukan persediaan yang lebih baik dan dengan pelan baru kami,
Multi-Care, anda boleh membuat tuntutan untuk dan sehingga 3 kali untuk
penyakit kritikal terhad kepada 1 penyakit kritikal untuk setiap
kumpulan khusus.Untuk pelan perlindungan yang lebih baik yang
menyediakan jaminan tambahan, dapatkanlah pelan yang bukan sekadar
melindungi anda sekali tetapi tiga kali!